Pelancongan & Tempat Bersejarah

Suka-Suka Lake Retreat

 

 

Suka-Suka Lake Retreat adalah sebuah tempat penginapan yang berkonsepkan perkampungan Melayu tradisional  yang menerapkan elemen masyarakat Melayu dari segi seni bina rumah penginapan,susun atur dan hiasan dalaman . Sekaligus menimbulkan rasa tenang dan damai apabila berada disini, ditambah pula dengan lokasi nya yang berdekatan dengan air dari Tasek Chenderoh yang mengalir dengan Tasik Raban.

Pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga dan teman –teman boleh dilakukan antaranya berkayak,menaiki bot , memancing dan banyak lagi. Disamping itu, turut disedikan makanan Asli Melayu seperti Gulai Ikan Sungai, Ikan Pekasam dan lain-lain , turut terdapat pakej BBQ yang boleh diselia oleh pegunjung sendiri. 

 

Alamat Lokasi:

PKK 19/27 Kampung Kelantan,

33400 Lenggong, Perak.

 

No. Telefon:

016 5312021