mcmc
Sejarah

Sejarah

 

 

Pada permulaanya , kampung ini dikenali dengan nama Kampung Tebuak dimana  terdapat seorang lelaki yang dipanggil dengan nama “WAK” . Beliau menanam Pokok Tebu disekeliling rumahnya apabila orang ramai meminta Tebu beliau akan memanggil ‘TEBUWAK’ dan dari situlah nama TEBUWAK diambil untuk dijadikan nama kampung pada tahun 1926.

Namun , Kampung Tebuwak telah ditengelami air akibat pembinaan Empangan Hidro Elektrik Chenderoh  dan ini memaksa seluruh penduduk untuk berpindah serta melarikan diri ke tempat yang tinggi berhampiran kampung mereka penduduk ‘MERABAN-MERABAN’ memanjat bukit untuk menyelamatkan diri.

Jadi bermula dari itu mereka telah membina perkampungan baru yang dinamakan dengan nama Kampung Raban . Sejak dari itu hingga kini nama kampung raban telah diisytiharkan sebagai sebuah kampung. Kampung Raban terkenal dengan sumber semulajadi  seperti SUNGAI PERAK dan tasik yang telah diberi nama ‘Tasik Raban’ yang dahulunya dikenali dengan ‘Tasek Chederoh’ yang terhasil dari pembinaan empangan tersebut .