Rangka Manusia Tertua ( Perak Man)

Sejarah | 24 February 2017

 

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia, rangka Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh pada tahun 1991 yang terletak di  Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Perak Man adalah seorang lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid, dimana mereka menjalani kehidupan lebih kurang 10 000 tahun dahulu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama mereka adalah memburu dan  memungut hasil hutan serta sungai untuk meneruskan kehidupan.