|
Tujuan :
Memberi peluang kepada masyarakat sekitar Hulu Perak mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan persendirian yang terlibat dalam program ini. Disamping itu juga, program ini dapat membantu masyarakat mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan untuk setiap agensi.
Aktiviti :
Seramai 5 orang petugas daripada Pusat Internet Kluster Hulu Perak menyertai program ini. Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti Hulu Perak ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Saman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. En Khaizan Izatzi selaku Ketua Kluster Pusat Internet Hulu Perak memberikan penerangan serba sedikit kepada YB Tuan Haji Zainal Azman mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di pusat internet disamping program-program yang telah dijalankan sepanjang pusat internet di kawasan Hulu Perak beroperasi. Selain itu, sebanyak 46 agensi lain turut terlibat dalam pembukaan booth pameran dalam program ini.
