|
Tujuan :
1) Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan
2) Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat
3) Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
Program ini telah berlangsung seawal 8 pagi. Aktiviti yang pertama bermula dengan menggosok gigi beramai-ramai oleh pelajar dari Tabika KEMAS Pengkalan Ikan dan Tabika KEMAS Raban. Aktiviti ini telah diketuai oleh Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dari Klinik Pergigian Lenggong. Pelajar tabika telah diajar cara untuk memegang berus gigi dan cara memberus gigi dengan betul. Setelah itu, setiap pelajar tabika diperiksa gigi mereka oleh Pegawai Pergigian Lenggong, Dr. Farihah Binti Azhar. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti mewarna poster “Jagalah Kebersihan Gigi Kita”. Para pelajar tabika perlu mewarna lukisan yang diberikan dan lukisan yang diwarna dengan cantik dan kemas akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti untuk dewasa pula ialah kuiz online berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Selain daripada aktiviti ini, para peserta juga menjalankan pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh pihak KOSPEN. Selain itu, mereka juga turut mengambil peluang melakukan pemeriksaan gigi yang telah disediakan oleh klinik gigi secara percuma. Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna poster untuk golongan dewasa.
Untuk memeriahkan program yang dijalankan, pusat internet turut menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Sebanyak 20 hadiah telah disediakan selain daripada hadiah aktiviti yang telah dijalankan. Selain itu, ceramah kesihatan dan penjagaan gigi turut disampaikan oleh Pegawai Pergigian iaitu Dr. Nur Shafina Binti Zainuddin dan juga Ketua Jururawat, Pn. Zahariah Binti Kamaruddin.
