Tarikh: 21 September 2016
Masa: 3.00 Petang Hingga 4.30 Petang
Pelajar dan guru telah diberikan taklimat tentang KDB seperti penggunaan internet secara berhemah, tips keselamatan internet, dan jenayah siber. Program ini juga diselitkan dengan kuiz-kuiz berkaitan KDB.Seramai 305 orang pelajar dan 3 orang guru terlibat dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar menggunakan internet dengan cara selamat dan memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada semasa berinteraksi dalam talian serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.