mcmc
Laporan Aktiviti

Program “Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg Raban”

Tarikh  : 16 Disember 2018
Masa  : 8.30 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi  : Pusat Internet Kg. Raban
Peserta : Semua Komuniti Kg. Raban

 

 

Tujuan :

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk Kg. Raban dan kawasan sekitarnya. Amalan gaya hidup sihat ini amat penting bagi memastikan kita sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Program ini juga menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan oleh pihak KOSPEN. 

 

Aktiviti :

Program ini dimulai dengan acara senamrobik yang diketuai oleh beliawanis dari kalangan penduduk setempat. Senamrobik ini mengambil masa selama 30 minit. Acara ini telah disertai oleh golongan dewasa dan kanak-kanak seawal 8.30 pagi setelah pendaftaran. Setelah selesai bersenamrobik, para tetamu dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan iaitu memeriksa paras gula dan tekanan darah. Selain itu, turut diukur tinggi dan berat bagi menentukan samada berat badan dan ketinggian ideal atau tidak. Terdapat beberapa peserta yang mempunyai berat badan ideal diberi cenderahati oleh pihak KOSPEN. Kemudian, program diteruskan lagi  dengan aktiviti mewarna poster oleh kanak-kanak sekolah rendah dan kuiz online Kahoot yang melibatkan belia dan beliawanis Kg. Raban.  Setelah itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti mewarna poster oleh warga emas dan membuat artikel Jom Sihat oleh golongan dewasa. Aktiviti yang terakhir ialah tagging tempat (MyPlace) dalam dashboard komuniti untuk klinik kesihatan dan farmasi yang berhampiran. 

Setelah itu, acara diteruskan dengan sedikit taklimat mengenai gaya hidup sihat yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Klinik Lenggong iaitu Dr Norulsida Mat Noor. Kemudian diikuti ucapan oleh Pengerusi MPKK Kg. Raban iaitu En. Syukri B. Ahmad. Aktiviti seterusnya ialah penyampaian cenderahati kepada penceramah dan pengerusi mpkk serta aktiviti cabutan bertuah. Program berakhir pada pukul 2 petang dengan jamuan makan tengahari yang disediakan kepada para tetamu.

 

GAMBAR AKTIVITI