|
Tujuan :
Membantu ahli persatuan penjaja Hulu Perak untuk memohon lesen perniagaan baharu dan memperbaharui lesen perniagaan yang telah tamat tempoh.
Aktiviti :
Program didahului dengan taklimat oleh wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Ipoh mengenai cara memohon lesen perniagaan yang baharu. Selain itu, pihak penjaja juga diberi taklimat mengenai cara memperbaharui lesen perniagaan sedia ada yang telah tamat tempoh. Para peniaga juga diberi peluang untuk mengisi sendiri borang SSM secara dalam talian (online) dengan dibantu oleh para petugas Pusat Internet Kluster Hulu Perak. Para peniaga yang hadir juga kebanyakkannya terdiri daripada peniaga dari daerah Hulu Perak.
