Syarat-syarat pertandingan
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
vii. Petugas Pusat Internet dan pasangan, adik beradik sendiri dan pasangan, ibu bapa sendiri dan pasangan adalah dilarang menyertai pertandingan.
Hadiah pertandingan
i. 5 Pemenang setiap Negeri yang terdapat Pusat Internet di bawah kelolaan TM/MSD
ii. Hadiah ditawarkan adalah seperti berikut :
• Tempat Pertama RM 4000.00
• Tempat Kedua RM 3000.00
• Tempat Ketiga RM 2000.00
• Tempat Keempat RM 1500.00
• Tempat kelima RM 1000.00
iv. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan jumlah jualan dan peratusan keuntungan berbanding modal. Sekiranya ada yang sama jumlah, Juri akan mengambil kira kriteria lain untuk menentukan pemenang. Pemilihan dan keputusan pemenang adalah muktamad.
v. Sekiranya dalam tempoh pertandingan, tiada jualan yang dapat dilakukan atau peserta kurang, maka pertandingan akan dilanjutkan atau tiada pemenang akan diumumkan.
