Tarikh: 25 Ogos 2017
Masa: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kg. Raban
Peserta yang terlibat untuk pertandingan menyusun puzzle ini terdiri daripada pelajar Tadika Kemas Pengkalan Ikan yang berumur antara 3 tahun hingga 5 tahun. Para pelajar telah diberikan tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum memulakan pertandingan tersebut. Selain pertandingan menyusun puzzle, pelajar juga turut belajar mengira dan mewarna dengan menggunakan aplikasi pembelajaran secara dalam talian (online). Program hari tersebut juga diakhiri dengan nyanyian lagu hari kebangsaan sambil mengibar bendera. Pertandingan seumpama ini bertujuan untuk menaikkan rasa cinta terhadap negara yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.