Pelancongan & Tempat Bersejarah

Tasik Raban

 

 

 

 

  

 

Tasik Raban merupakan sebuah tempat perlancongan yang terletak di dalam daerah Lenggong. Tempat yang sangat mendamaikan jiwa penuh dengan pemandangan yang cukup menarik jauh daripada hiruk pikuk kota yang penuh dengan  bangunan konkrit.

Pelbagai aktiviti yang terdapat di Tasik Raban dibawah kelolaan Top  Adventure Camp yang menyediakan aktiviti antaranya melancong dengan bot, jungle tracking,survival camp,berkayak dan lain-lain lagi. Selain itu pelbagai kemudahan disediakan antaranya kedai makan, tandas awam, taman permainan dan rekreasi.