Tarikh: 19 November 2017
Masa: 3.30 Petang- 5.30 Petang
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Kg. Raban
Mesyuarat ini diadakan sempena hari anugerah kanak-kanak Tabika Kemas Kg. Raban dengan kerjasama KOSPEN Kuak dan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Raban. Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada perbincangan mengenai perjalanan program dan pembukaan booth pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk setempat. Disamping itu juga, penghasilan video berserta teks ucapan perasmi turut diperbincang dan dihasilkan pada mesyuarat pada kali ini.