Kampung Raban merupakan salah satu daerah kecil yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Ianya terletak kira–kira 90 kilometer dari Pekan Ipoh dan berada di tengah–tengah diantara Pekan Kuala Kangsar dan Gerik.
Kampung Raban merupakan salah satu tempat perlancongan kerana ianya terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih lagi dipelihara. Terdapat pelbagai tempat perlancongan yang menarik perhatian pelancong yang bukan sahaja dari dalam negara malah menjadi tarikan pelancong dari luar negara
Disamping itu, Kampung Raban juga merupakan tempat strategik bagi kaki pancing kerana berdekatan dengan Tasik Raban yang menjadi habitat pelbagai jenis ikan air tawar.
Selain itu,terdapat juga kampung-kampung sekitar dengan Kampung Raban seperti Kampung Changkat Berangan,Kampung Pengkalan Ikan,dan Kampung Kuak.
Demografi
Jumlah Bilangan penduduk : 470 orang
Jmlah Buah Rumah : 155
Pecahan bilangan penduduk mengikut jantina
Lelaki : 224 Orang
Perempuan : 239 Orang
PROFIL KAMPUNG
Maklumat Kampung Raban
Ketua Kampung |
Mohd Azlan Bin Mohd Noor |
Daerah |
Hulu Perak |
Nama Pegawai Daerah |
Tuan Mohd Zairasyahli Shah Bin Zakaria |
Parlimen |
P055 Lenggong |
Nama Ahli Parlimen |
Yb Dato’ Shamsul Anuar Bin Nasarah |
Dun |
N04 Kota Tampan |
Nama Adun |
Yb Dato’ Haji Saarani Bin Haji Mohamad |
Mukim |
Durian Pipit |
Nama Penghulu Mukim |
Noor Adzahar Bin Mohd Yunus |
Pihak Berkuasa Tempatan |
Majlis Daerah Lenggong |
Nama Yang Di-Pertua |
Tuan Mohd Amzari Bin Mohd Arzami |
Jawatankuasa Pembangunan |
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (Jkkk) |
Nama Kampung Induk |
Kampung Raban |
Kampung Rangkaian |
1. Kampung Padang Luas 2. Kampung Chekaroh |
Jenis Kampung |
Kampung Sejajar
|