mcmc
Makanan

Restoran Ikan Bakar Tasik Raban

  

 

Kampung Raban tidak hanya terkenal dengan tempat peranginan yang menenangkan dan mendamaikan jiwa, disini turut terdapat pelbagai juadah yang menyelerakan. Tasik Raban telah menjadi habitat pelbagai spesis ikan dan yang paling banyak ditemui adalah ikan talapia. Spesis ikan adalah sumber makanan dan pendapatan yang membantu menyumbang kepada ekonomi penduduk setempat.

Ikan Talapia bakar adalah menu juadah yang sangat digemari tidak hanya dari penggemar tempatan malah turut digemari oleh penggemar yang datang dari serata negeri. Tekstur isinya yang lembut dan manis menambat selera ditambah pula apabila dimakan dengan pencicah air asam, memang mampu menambat selera siapa sahaja yang merasainya. Ikan Talapia segar dibakar dan dibungkus menggunakan daun pisang meningkatkan lagi aroma juadah tersebut. 

 

Waktu Operasi:

Setiap Hari (8.00 Pagi- 6.00 Petang)

 

Alamat Restoran:

Jalan Kuala Kangsar- Gerik, 33400 Lenggong Perak.