| Tarikh | : 13 Oktober 2025 |
| Masa | : 4.00 Petang-5.00 Petang |
| Tempat | : NADI Kg. Raban |
| Peserta | : Ahli NADI Kg. Raban |
Tujuan :
Tujuan diadakan taklimat buli siber adalah untuk meningkatkan kesedaran dengan memberi pemahaman kepada pelajar, guru, dan ibu bapa tentang apa itu buli siber, bentuk-bentuknya, serta kesan negatifnya terhadap mangsa. Mendidik tentang keselamatan digital iaitu mengajar cara menggunakan internet dan media sosial dengan selamat dan beretika. Mencegah kejadian buli siber dengan memberi panduan tentang langkah-langkah pencegahan serta cara melaporkan kes buli siber. Membina empati dan tanggungjawab dengan menggalakkan sikap menghormati orang lain di alam maya dan memupuk nilai murni dalam berkomunikasi. Selain itu, taklimat ini juga dapat memberi sokongan kepada mangsa iaitu menyediakan maklumat tentang saluran bantuan dan sokongan psikologi untuk mangsa buli siber.
Aktiviti :
Peserta/pelajar mendengar taklimat daripada SSO sehingga selesai.
