|
Tujuan :
Tujuan utama mereka ialah untuk menyelesaikan tugasan dengan sumber dan kemudahan yang lebih lengkap serta bimbingan yang diperlukan.
Aktiviti :
Pelajar sekolah rendah datang ke NADI Kampung Raban untuk menyiapkan tugasan (assignment). Mereka telah mendapatkan maklumat daripada buku, jurnal, atau sumber digital untuk melengkapkan tugasan mereka. Pelajar juga menggunakan komputer, internet, dan perisian yang tidak terdapat di rumah untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, mereka juga mendapat bantuan daripada petugas mengenai cara mencari maklumat atau menggunakan perisian.