|
Tujuan :
Kursus Keusahawanan dijalankan untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan dari daerah Hulu Perak untuk mempelajari cara-cara meningkatkan jualan mereka dengan teknik pemasaran yang berkesan. Dengan pendedahan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Kursus usahawan membantu individu untuk membangunkan kemahiran kritikal seperti perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, dan inovasi. Keupayaan untuk mengenal pasti peluang perniagaan, menyusun strategi, dan menghadapi cabaran pasaran adalah kunci kepada kejayaan perniagaan.
Aktiviti :
Kursus keusahawanan ini telah dihadiri seramai 100 orang usahawan dari seluruh daerah Hulu Perak. Kursus ini telah dijalankan di Dewan Persidangan Gerik. Kursus bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Sepanjang kursus, peserta telah diberikan beberapa penerangan dan teknik pemasaran oleh penceramah dalam meningkatkan jualan mereka. Selain itu, mereka juga turut diberikan latihan aktiviti di dalam kumpulan. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat menonjolkan sifat berpasukan iaitu saling membantu sesama ahli kumpulan. Setiap kumpulan juga harus membentangkan hasil akhir aktiviti mereka kepada peserta lain yang hadir. Majlis berakhir dengan sesi penyerahan sijil kepada semua peserta yang hadir.