| Tarikh | : 20 Ogos 2025 |
| Masa | : 2.15 Petang- 4.30 Petang |
| Tempat | : Dewan Sebudi Akal, SMK Pengkalan Hulu |
| Peserta | : Semua guru dan murid SMK Pengkalan Hulu |
Tujuan :
Tujuan diadakan program KIS (Kempen Internet Selamat) di sekolah adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber iaitu memberi pengetahuan kepada murid tentang bahaya siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, dan penyebaran maklumat palsu. Menggalakkan penggunaan internet secara bertanggungjawab dengan mendidik murid supaya menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran, komunikasi sihat, dan perkembangan diri tanpa menyalahgunakannya. Selain itu, KIS juga bertujuan untuk melindungi privasi dan data peribadi pengguna dengan memberi kefahaman tentang pentingnya menjaga maklumat peribadi agar tidak mudah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. KIS juga dapat membentuk etika digital yang baik dengan menerapkan nilai sopan santun dan hormat ketika berinteraksi di platform digital.
Aktiviti :
Pelajar dan guru telah diberikan taklimat mengenai Kempen Internet Selamat oleh petugas NADI Kluster Hulu Perak. Taklimat tersebut juga termasuklah beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang KIS berlangsung.
