Tarikh | : 8 Mac 2025 |
Masa | : 10.00 Pagi- 11.30 Pagi |
Tempat | : NADI Kg. Raban |
Peserta | : Ahli NADI Kg. Raban |
Tujuan :
Dalam dunia eSports yang kompetitif, ancaman siber seperti penggodaman akaun, penipuan dalam permainan, dan pencurian identiti semakin meningkat. Webinar ini akan membimbing pemain eSports tentang cara melindungi akaun, data peribadi, dan reputasi dalam talian.
Aktiviti :
Peserta mendengar webinar yang dijalankan oleh SSO sehingga selesai.