mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2025: Kelas Tiramisu (NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat)

Tarikh: 18 Januari 2025
Masa: 3.00 Petang – 4.30 Petang
Tempat: NADI Kg. Raban
Peserta: Ahli NADI Kg. Raban

Tujuan :

Peserta dapat mempelajari cara untuk membuat kek tiramisu yang lazat dan menarik. Kek ini juga sesuai untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dan peluang menjana pendapatan tambahan dengan menjual kek tiramisu.

Aktiviti :

Peserta kelas diajar mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tiramisu. Tenaga pengajar juga turut berkongsi cara untuk membuat lady’s fingers. Tenaga pengajar telah menunjukkan cara dari mula tiramisu dihasilkan dengan kaedah dan cara yang lebih mudah untuk pelajar belajar.