Tarikh | : 15 Januari 2025 |
Masa | : 2.30 Petang- 3.30 Petang |
Tempat | : NADI Kg. Raban |
Peserta | : Ahli NADI Kg. Raban |
Tujuan :
Mempelajari teknik mengambil gambar dengan lebih kreatif, berseni dan cantik dengan penggunaan lighting yang bersesuaian.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan mengenai pencahayaan studio dalam fotografi. Pencahayaan studio dalam fotografi adalah salah satu faktor yang penting yang perlu diambil kira untuk menghasilkan gambar fotografi yang bagus. Pencahayaan studio juga amat penting dalam penghasilan fotografi potret, fotografi fesyen, fotografi produk, fotografi makanan dan videografi. Selain itu, pelajar juga diberi penerangan mengenai contoh teknik pencahayaan studio serta tips dan trik untuk pencahayaan studio.