| Tarikh | : 28 Februari 2026 |
| Masa | : 9.30 Pagi-11.00 Pagi |
| Tempat | : NADI Kg. Raban |
| Peserta | : Ahli NADI Kg. Raban |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan bulan penuh keberkatan melalui sesi tadarus Al-Quran dan penguasaan tajwid bersama Ustaz Azam Din. Program ini juga turut diselitkan dengan tazkirah ringkas sebagai pengisian rohani, agar Ramadan kita lebih bermakna dan diberkati.
Aktiviti :
Peserta mendengar bacaan daripada Ustaz Azam Din terlebih dahulu sebagai pembuka surah. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas daripada ustaz serta bacaan daripada peserta NADI yang terpilih. Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas dan doa penutup oleh Ustaz Azam Din.
