Tarikh | : 24 Februari 2025 |
Masa | : 3.00 Petang- 4.00 Petang |
Tempat | : NADI Kg. Raban |
Peserta | : Ahli NADI Kg. Raban |
Tujuan :
Tujuan utama diadakan NADI Safe Shield adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan internet dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar. Program ini bertujuan untuk mendidik tentang penggunaan internet yang selamat. Memberikan panduan tentang cara melayari internet dengan bertanggungjawab dan mengelakkan ancaman siber, meningkatkan kesedaran tentang risiko dalam talian iaitu memahami bahaya seperti penipuan dalam talian, buli siber dan penyerabaran maklumat palsu selain mempromosikan etika digital iaitu mendorong tingkah laku yang baik dalam dunia maya, termasuk menghormati privasi dan hak individu lain dalam talian.
Aktiviti :
Pelajar diminta untuk mendengar webinar yang dianjurkan oleh SSO melalui aplikasi google meet. Selain itu, SSO juga turut mengadakan soalan kuiz bagi memastikan para pelajar lebih memahami berkenaan topik yang dibincangkan (cyber bullying) serta bagi memastikan pelajar lebih berwaspada di masa akan datang.