mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Februari 2025: Tiny Techies Workshop (Microbit)

Tarikh: 16 Februari 2025
Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari
Tempat: NADI Kg. Raban
Peserta: Ahli NADI Kg. Raban

Tujuan :

Tiny Techies Workshop yang berkaitan dengan Micro:bit biasanya dilaksanakan dengan tujuan berikut iaitu memberi pendedahan awal kepada konsep pengaturcaraan (coding) dan pengkomputeran fizikal menggunakan BBC Micro:bit. selain membantu kanak-kanak memahami asas pemikiran logik dan pemecahan masalah melalui aktiviti interaktif. Peserta akan belajar secara praktikal dengan membina projek mereka sendiri menggunakan Micro:bit, seperti membuat sensor suhu, pedometer, atau permainan digital disamping meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui reka bentuk dan pengujian projek teknologi. Tiny Techies Workshop yang berkaitan dengan Micro:bit juga adalah platform pembelajaran interaktif yang menyeronokkan, inovatif, dan bermanfaat untuk membangunkan kemahiran teknologi dan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak serta remaja. Ia bukan sekadar pengenalan kepada teknologi tetapi juga cara untuk memupuk bakat muda dalam dunia digital.

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat (workshop) melalui aplikasi Youtube sehingga selesai.

GAMBAR AKTIVITI