mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Februari 2025: Cashless Society Program X NADI Kg. Raban

Tarikh: 14 Februari 2025
Masa: 10.00 Pagi- 4.00 Petang
Tempat: NADI Kg. Raban
Peserta: Komuniti NADI Kg. Raban

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pembayaran digital dalam urusan harian seperti membeli barang, membayar bil, dan berurus niaga. Pelaksanaan program ini membawa banyak manfaat kepada komuniti setempat, terutamanya dalam aspek kemudahan, keselamatan, dan pembangunan ekonomi digital.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah melaksanakan semua transaksi di gerai usahawan yang terlibat hanya menggunakan pembayaran digital, menggalakkan peniaga kecil dan penjaja makanan untuk menerima pembayaran melalui e-wallet, QR code, atau kad debit, mengadakan pameran atau bengkel bersama bank dan syarikat fintech untuk memperkenalkan perkhidmatan pembayaran digital yang tersedia. Selain itu, diadakan juga pertandingan kahoot untuk untuk ibu bapa yang hadir, pertandingan menyusun puzzle secara online, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pembukaan booth oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta permeriksaan kesihatan serta gerai jualan oleh para usahawan. Komuniti yang hadir juga turut dimeriahkan dengan acara cabutan nombor bertuah.

GAMBAR AKTIVITI