mcmc
Laporan Aktiviti

Kursus ” Train The Trainer MDEC E-Rezeki ” Negeri Perak

Tarikh         : 3 Disember 2018
Masa  : 10.00 Pagi – 5.00 Petang
Lokasi  : PI Kubang Halban & PI Dato Ahmad Said
Peserta  : Pengurus & Pen. Pengurus Pusat Internet

 

 

 

Tujuan :

Program e-Rezeki adalah berdasarkan konsep “crowdsourcing”, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah B40, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

 

Aktiviti :

Peserta kursus telah diajar cara untuk mendaftar sebagai pusat e-Rezeki anjuran oleh pihak MDEC dengan kerjasama oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Antara tanggungajawab yang dimainkan oleh Pusat Internet adalah membantu pelaksanaan Inisiatif e-Rezeki di Pusat Internet masing-masing dengan memastikan kemudahan yang diperlukan dapat digunakan dan berkeadaan baik. Selain itu, Pusat Internet juga perlu  mempromosikan Inisiatif e-Rezeki kepada komuniti setempat, menawarkan kursus/ tunjuk ajar kepada peserta e-Rezeki yang berminat serta membimbing peserta untuk mendaftar e-Rezeki.

 

GAMBAR AKTIVITI