mcmc
Persatuan Wanita

Kursus Masakan Barat Bersama Golongan Wanita Kg Raban

Kursus Masakan Barat (Chicken Chop) anjuran JKKK Kg.Raban bersama Pusat Internet Kg.Raban dan Pusat Internet Lenggong

  

Kursus ini dijalankan bagi menambah ilmu tentang masakan barat kepada komuniti wanita di Kg Raban. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran memasak malah dapat mengeratkan lagi silaturrahim anatara penduduk . Modul pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada teori malah dipraktikkan sendiri oleh komuniti dengan bantuan pengajar dari Kolej Komuniti Chenderoh Kuala Kangsar, iaitu En Humaizi Bin Hussin. Peserta mempelajari hidangan yang popular iaitu ” Chicken chop ” beserta dengan hidangan sampingan Coleslaw dan Kentang putar. Hidangan ini juga boleh dimasak dalam dua cara sama ada digoreng atau dibakar, peserta diberi peluang untuk memasak menggunakan kedua-dua cara tersebut. Dengan mengikuti kursus ini peserta dapat mempelbagaikan kemahiran memasak dan para ibu dapat memasak sendiri masakan ini untuk keluarga dan  tidak perlu lagi membeli diluar.