mcmc
Keusahawanan

Kuih Kapit Tradisi Rizna

 

Kuih Kapit yang diusahakan oleh Puan Nor Zalina Binti Abd Rahman, beliau menyediakan pelbagai jenis kerepek antaranya nestum dan cheese popia. Semua produk ini beliau hasilkan sendiri dirumah menggunakan kaedah tradisional terutamanya bagi kuih kapit. Bahan utama adalah tepung dan santan kelapa menggunakan resepi warisan ibunya sendiri. Rasa kuih kapit tersebut sedap dan asli tanpa menggunakan sebarang bahan tiruan. Produk beliau tidak hanya tertumpu untuk musim perayaan sahaja malah untuk sebarang perayaan, sambutan, majlis dan lain-lain sepanjang tahun.