Menjalankan Servis Penghantaran Gubahan Bunga/Hadiah (Suprise Delivery)
Nama : Nur Akmariza Akini binti Muhammad
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Akmariza adalah seorang ahli pusat internet mulai tahun 2019 lagi dan sering ke pusat internet untuk setiap program yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau juga seorang usahawan muda wanita yang menjalankan servis perkhidmatan penghantaran bunga/hadiah (surprise delivery).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau menggunakan teknologi ICT dalam servis penghantaran, beliau lebih tertumpu kepada rakan terdekat dan penduduk setempat yang telah lama mengenalinya dalam bidang ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau menghadiri kelas usahawan yang diadakan di pusat internet, beliau telah mendapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan. Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana servis yang ditawarkan dahulunya hanya sebagai hobi, kini boleh menjana pendapatan sampingan. Kini, beliau banyak mendapat tempahan surprise delivery dari pelanggan setempat dan luar daerah. Beliau telah mula belajar mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di platform internet seperti whatapp dan facebook. Harapannya dalam bidang ini ialah untuk mengembirakan hati pelanggan dan semua orang dengan servis yang tawarkan dengan harga yang mampu milik.