Menjalankan Perniagaan Sos Perapan Ayam Tempayan
Nama : Mohamad Kamarul Nazrin bin Kamarudzaman
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Saudara Nazrin adalah seorang ahli pusat internet mulai tahun 2019 lagi dan sering ke pusat internet untuk setiap pogram yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau juga seorang belia yang aktif di Kampung Raban. Beliau membuka pusat kegiatan untuk belia-belia di Kampung Raban .Beliau juga menghasilkan produk sendiri iaitu sos perapan ayam. Beliau menjalankan jualan sos perapan ayam secara kecil-kecilan dengan menggunakan media sosial seperti ‘group whatsapp’.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak menggunakan sebarang teknologi ICT dalam menjalankan perniagaan beliau dan pelanggan yang sering membeli sos perapannya hanyalah daripada penduduk kampung sekitarnya sahaja dan tidak meluas sehingga ke luar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, selepas menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet dan belajar cara-cara untuk memperbesarkan lagi perniagaan , beliau telah mendapat teknik pemasaran yang sangatlah menjimatkan masa dan wang. Beliau telah menggunakan medium media sosial seperti Facebook untuk memajukan perniagaannya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat. Selain daripada medium Facebook, beliau juga turut menghadiri beberapa kelas perniagaan dalam talian seperti Shopee. Beliau telah berhasil menjual sos perapan secara dalam talian (online) dengan lebih meluas dan tidak tertumpu pada kawasan sekitar sahaja.