Nama : Nur Syakiera Binti Saaidi
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Cik Syakiera merupakan seorang anak muda yang berniaga secara kecil-kecilan di sekitar kampung raban. Beliau menjual pelbagai jenis kuih –muih dan juga air minuman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum saya menggunakan teknologi ICT dalam perniagaan saya, perniagaan saya kurang mendapat sambutan di mana pelanggan yang datang pada mulanya datang daripada Kampung Raban sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, selepas saya mengetahui tentang teknik pemasaran masa kini, saya terus mengambil peluang tersebut untuk memajukan lagi perniagaan saya. Saya telah mengikuti kelas yang dijalalankan di Pusat Internet Kg Raban tentang pemasaran secara online. Saya telah menggunakan medium media sosial Facebook untuk memajukan perniagaan saya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat, saya telah mensasarkan untuk meningkatkan pelanggan saya. Saya menjadikan Facebook sebagai inisiatif untuk memperkenalkan perniagaan saya dengan lebih meluas. Kini, saya telah berjaya memperkembangkan perniagaan saya, saya telah membesarkan lagi premis perniagaan dan pelanggan datang dari serata Lenggong dan ada yang dari luar kawasan Lenggong.