Menjalankan Perniagaan Produk Forever Living (sebagai agen).
Nama : Nordiana Binti Hasan
Umur : 36 Tahun
Ahli : 2021
Latar Belakang
Puan Diana merupakan seorang usahawan yang menual pelbagai jenis produk di Lenggong. Antara produk yang dijual ialah minyak ikhlas oil, jamu wanita dan produk dari Forever Living.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya mempromosikan barang yang dijual secara kecil kecilan sahaja memandangkan beliau tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, selepas menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet dan belajar cara-cara untuk memperbesarkan lagi perniagaan, beliau telah mendapat teknik pemasaran yang sangatlah menjimatkan masa dan wang. Beliau telah menggunakan medium media sosial seperti Facebook untuk memajukan perniagaannya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat. Selain di Facebook, beliau turut berjualan di platform Shopee.