Menjalankan Perniagaan Bantal Polister
Nama : Azzizi Bin Isa
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2020
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang pekerja swasta yang juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan. Beliau menjual bantal polister jenama Hilton secara sambilan untuk menjana pendapatan. Beliau sedang cuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau hanya mempromosikan barang yang dijual secara offline(luar talian) sahaja dengan membuka gerai jualan di tapak pasar malam. Selain itu beliau juga tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas keusahawanan yang diperkenalkan oleh Pusat Internet, beliau sudah mahir menggunakan pelbagai platform/ aplikasi seperti Instagram, Facebook dan Shopee untuk memasarkan produknya secara online. Beliau juga sangat bersyukur kerana selepas menghadiri kelas keusahawanan, permintaan bantal polister semakin meningkat dan mendapat sambutan daripada pelanggan luar.