mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/KEUSAHAWANAN Q3 2019 (JUN-SEPT)

Nama   : Nurul Izzati binti Abdul Rahim

Umur    : 27 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Puan Nurul merupakan seorang ahli pusat internet yang paling aktif mengikut segala jenis program yang di anjurkan oleh Pusat Internet Kampung Raban. Sebelum ini beliau tidak menjalankan sebarang jenis jualan  tetapi sejak beliau mengikuti kelas yang dianjurkan beliau menjalankan aktivit menjual aiskrim Malaysia pelbagai perisa di sekitar Kampung Raban.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya menggunakan teknologi ICT dalam perniagaan saya, perniagaan saya kurang mendapat sambutan di mana pelanggan yang datang pada mulanya datang daripada Kampung Raban sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas saya mengetahui tentang teknik pemasaran masa kini, saya terus mengambil peluang tersebut untuk memajukan lagi perniagaan saya. Saya telah mengikuti kelas yang dijalalankan di Pusat Internet Kg Raban tentang pemasaran secara online. Saya telah menggunakan medium media sosial Facebook untuk memajukan perniagaan saya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat, saya telah mensasarkan untuk meningkatkan pelanggan saya. Saya menjadikan Facebook sebagai inisiatif untuk memperkenalkan perniagaan saya dengan lebih meluas. Kini, saya telah berjaya memperkembangkan perniagaan saya, saya telah membesarkan lagi premis perniagaan  dan pelanggan datang dari serata Lenggong dan ada yang dari luar kawasan Lenggong.