Menjual Ikan Pekasam
Nama : Ani Binti Amin
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Pada mulanya beliau tidak berhasrat untuk membuat ikan pekasam sendiri kerana di kawasan tempat beliau terdapat saingan yang tinggi dalam pembuatan ikan pekasam daripada hasil sungai perak yang berhampiran. Tetapi setelah membuat secara kecil-kecilan dan permintaan daripada penduduk setempat membuatkan beliau terus menghasilkan pikan pekasam sehingga hari ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak menggunakan sebarang teknologi ICT dalam menjalankan perniagaan beliau dan pelanggan yang beliau berurusniaga hanyalah daripada penduduk kampung sekitarnya sahaja dan tidak meluas sehingga ke luar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, selepas beliau mengetahui tentang teknik pemasaran, beliau cuba untuk mengiklankan jualannya di dalam media sosial dan memperluaskan jualan di setiap kampung yang berhampiran dan sekitar Lenggong. Hasil yang beliau perolehi agak lumayan dari biasa. Berikut pencapaian itu, beliau kerap mempromosikan jualannya di dalam aplikasi Facebook dan WhatApps. Beliau juga telah mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kg Raban tentang pemasaran produk secara online. Kini, beliau telah berjaya memperkembangkan perniagaannya bukan sahaja di kawasan Lenggong malah ikan pekasamnya turut terkenal di kawasan luar.