Menjalankan Perniagaan Jus Wanita dan Minyak Wangi
Nama : Nur Akmariza Akini binti Muhammad
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Akmariza adalah seorang ahli pusat internet mulai tahun 2019 lagi dan sering ke pusat internet untuk setiap program yang dianjurkan oleh pusat internet. Selain menjalankan servis perkhidmatan penghantaran bunga/hadiah (surprise delivery), beliau juga turut menjual jus wanita dan minyak wangi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak menggunakan sebarang teknologi ICT dalam menjalankan perniagaan beliau dan pelanggan yang sering membeli jamu wanita dan minyak wangi hanyalah daripada penduduk kampung sekitarnya sahaja dan tidak meluas sehingga ke luar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, selepas menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet , beliau telah mendapat teknik pemasaran yang sangatlah menjimatkan masa dan wang. Beliau telah menggunakan platform seperti Shopee untuk memajukan perniagaannya kerana platform jualan tersebut amat popular di kalangan masyarakat . Selain daripada shopee, beliau juga turut menggunakan facebook dan whatapps untuk mempromosikan produk. dan amat berharap perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan.