mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / KEUSAHAWANAN Q2 2020 (APR – JUN)

Menjual Kuih Muih Dan Kambing Perap Frozen

Nama   : Nur Syakiera binti Saaidi

Umur    : 24 Tahun

Ahli       : 2014

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang anak muda yang berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Raban. Beliau menjual pelbagai jenis kuih –muih dan juga air minuman serta berjinak-jinak menjual kambing perapan frozen. Jualan kambing  perapan frozen yang beliau dijalankan adalah  secara cash on delivery dan “self-pickup” di sekitar kawasan Kg. Raban dan Lenggong. Beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan dan berhasrat untuk menjadi seorang usahawan kelak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum diberikan pendedahan kepada kemudahan pemasaran dalam talian, beliau hanya mempromosi dan menjual kepada penduduk sekitar dan teman rapat sahaja. Beliau juga hanya menerima tempahan kuih apabila ada majlis kecil-kecilan di sekitar Kampung Raban.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau semakin bersemangat untuk menjalankan perniagaan memandangkan ruang untuk mempromosikan produk beliau semakin meluas. Dengan adanya medium seperti Facebook dan WhatsApp, beliau banyak menggunakan kedua-dua medium tersebut untuk mempromosi serta memasarkan produk yang diniagakan. Beliau turut diajar cara untuk memuatnaik gambar produk dalam talian bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat produk sebelum mereka membeli. Beliau juga menyatakan bahawa jualannya semakin laris berbanding sebelumnya memandangkan orang telah mula mengenai produk yang beliau pasarkan.