Menjalankan Perkhidmatan Andaman (Solekan & BerInai) serta Menghasilkan Sabun Dari Madu Kelulut
Nama : Nur Akmariza Akini binti Muhammad
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Beliau merupakan pembantu tadika yang menjalankan perkhidmatan andaman (solekan dan berinai) secara separuh masa. Beliau juga merupakan usahawan wanita yang menghasilkan sabun dari madu kelulut. Beliau sangat berminat untuk memasarkan sabun yang dihasilkan dengan lebih meluas kerana belaiau merasakan sabun tersebut dilihat sangat berkesan untuk merawat kulit muka yang bermasalah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau mengikuti kursus dan kelas yang dijalankan di pusat internet, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan andaman secara luar talian dengan menggunakan flyers. Untuk sabun kelulut pula, beliau hanya menjual kepada teman-teman rapat, saudara-mara dan penduduk setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau menghadiri kelas dan kursus permasaran dalam talian yang dijalankan di pusat internet, beliau menyatakan sangat bersyukur diberi peluang untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai teknik pemasaran dalam talian. Beliau mengatakan teknik yang dipelajari lebih mudah dipraktikkan selain menjimatkan masa. Pelanggan juga tidak perlu berjumpa dengan beliau untuk sebarang temujanji memndangkan semua maklumat yang ingin diperolehi telah tersedia di platform yang telah beliau bangunkan. Beliau banyak mempelajari cara untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan di Facebook dan Website (page) dalam kursus yang dijalankan. Beliau amat berharap agar perkhidmatan andaman dan sabun madu kelulut yang diusahakan akan mendapat sambutan bukan sahaja dari warga Lenggong malah turut terkenal di tempat lain.