Menjual Kuih dan Biskut Raya
Nama : Norazua binti Mat Hassan
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Beliau merupakan usahawan wanita yang menjalankan perniagaan menjual kuih setiap pagi dan menerima tempahan biskut raya ketika musim perayaan. Beliau juga merupakan ahli pusat internet sejak dari tahun 2016 lagi. Beliau sangat aktif dengan setiap program yang dianjurkan oleh pusat internet dengan mengambil bahagian di setiap acara yang dijalankan. Beliau berhasrat ingin mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan disamping menjana pendapatan yang lebih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum diberikan pendedahan kepada kemudahan pemasaran dalam talian, beliau hanya menjual kepada penduduk sekitar dan teman rapat sahaja. Beliau juga hanya menerima tempahan apabila ada majlis kecil-kecilan di sekitar Kampung Raban sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menghadiri setiap kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet, beliau banyak belajar cara-cara untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih meluas. Beliau juga merasakan teknik yang diajarkan lebih menjimatkan masa dan wang serta lebih praktikal untuk dipraktikkan. Beliau banyak mengiklankan perniagaan yang dijalankan di Facebook dan WhatsApp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat jualan yang dijalankan. Malahan, kini beliau telah berjaya memperolehi pelanggan tetap di sekitar pekan Lenggong dan Kampung Raban. Beliau amat berharap agar perniagaan yang dijalankan akan terus dikenali dan berjaya membuka sebuah bengkel biskut dapat dicapai suatu hari nanti.