mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / KEUSAHAWANAN Q4 2020 (OKTOBER – DISEMBER)

Menjalankan Perniagaan Pallet Makanan Haiwan Ternakan

Nama   : Mohamad Nor Ikhwan bin Ahmad Tajiaai

Umur    : 29 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Saudara Ikhwan adalah seorang ahli pusat internet mulai tahun 2018 lagi dan sering ke pusat internet untuk setiap pogram yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau juga seorang belia yang aktif di Kampung Raban. Sekarang beliau membuka perniagaan menjual pelbagai jenis makanan haiwan. Beliau menjalankan jualan pallet makanan haiwan secara kecil-kecilan dengan menggunakan media sosial seperti ‘group whatsapp’.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak menggunakan sebarang teknologi ICT dalam menjalankan perniagaan beliau dan pelanggan yang sering membeli pallet makanan haiwan hanyalah daripada penduduk kampung sekitarnya sahaja dan tidak meluas sehingga ke luar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas menghadiri beberapa  kelas yang dianjurkan oleh pihak pusat internet dan belajar cara-cara untuk memperbesarkan lagi perniagaan, beliau telah mendapat teknik pemasaran  yang  sangatlah menjimatkan masa dan wang. Beliau telah menggunakan medium media sosial  seperti Facebook untuk memajukan perniagaannya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat. Selain daripada medium Facebook, beliau juga turut menghadiri beberapa kelas perniagaan dalam talian seperti Shopee.