mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q4 2020 (OKTOBER – DISEMBER)

Belajar Menggunakan Microsoft Word Untuk Tugasan Kerja Kursus

Nama   : Nur Dina Sofea binti Ismail

Umur    : 16 Tahun

Ahli       : 2020

 

Latar belakang

Beliau merupakan ahli pusat internet yang sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mencari bahan rujukan bagi kerja kursus sekolah. Beliau juga sering mengikuti bengkel penghasilan poster dan kelas-kelas ict yang dijalankan di pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau tidak mahir dan cekap menggunakan komputer kerana jarang menggunakan komputer. Kebiasaannya beliau hanya menggunakan tulisan tangan untuk penghasilan kerja kursus.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit mengenai penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Selain itu, beliau juga turut berkebolehan menggunakan aplikasi-aplikasi dalam talian untuk penghasilan poster bagi pertandingan -pertandingan yang dianjurkan di pusat internet.