mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ KEUSAHAWANAN Q4 2019 (OKT – DIS)

Nama   : Juzika binti Juhari

Umur    : 22 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Cik Juzika menyediakan perkhidmatan melukis inai dari rumah ke rumah. Selain itu beliau juga menyediakan perkhidmatan melukis inai untuk majlis perkahwinan atau pertunangan untuk kalangan komuniti setempat. Pada mulanya beliau hanya menyediakan perkhidmatan secara kecil-kecilan. Tetapi setelah berjaya mempromosi produk beliau ianya mendapat sambutan yang cukup tinggi dari komuniti dan pelanggan dari luar kawasan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya menggunakan teknologi ICT dalam perniagaan saya ,perniagaan saya kurang mendapat sambutan di mana pelanggan yang datang pada mulanya datang daripada Kampung Raban sahaja .

 .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas saya mengetahui tentang teknik pemasaran masa kini, saya terus mengambil peluang tersebut untuk memajukan lagi perniagaan saya. Saya telah mngikuti kelas yang dijlankan di Pusat Internet Kg Raban tentang pemasaran secara online.Teknik tersebut sangat menjimatkan masa dan wang kerana rumah saya berdekatan dengan PI jadi tidak sukar bagi saya untuk mendapatkan perkhidmatan internet dan pembalajaran di PI. Saya telah menggunakan medium media sosial Facebook untuk memajukan perniagaan saya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat , saya telah mensasarkan untuk meningkatkan pelanggan saya jadi Facebook adalah inisiatif saya untuk mencapai sasaran saya bagi memperkenalkan perniagaan saya lebih meluas. Kini, saya telah berjaya memperkembangkan perniagaan saya, saya telah membesarkan lagi premis perniagaan  dan pelanggan datang dari serata Lenggong dan ada yang dari luar kawasan Lenggong.