mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ KEUSAHAWANAN Q4 2018 (OKT – DIS)

Nama   : Maizatul Azwa binti Ibrahim

Umur    : 39 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Cik Azwa merupakan ahli pusat internet yang agak bergerak aktif dalam bidang keusahawanan. Beliau terlibat dalam penjualan barangan suasa. Penjualan barangan suasa beliau agak laris di kalangan golongan wanita. Beliau menjalankan bisnes sejak beberapa bulan yang lalu yang mulanya secara kecil-kecilan dan hanya berjalan dari rumah ke rumah dan sekarang penjualan barangan perhiasan suasa beliau turut terdapat didalam media sosial facebook dan mendapat permintaan tinggi dikalangan wanita sekarang

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menjual produk beliau di kawasan setempat tetapi selepas tahu menggunakan perkhidmatan ICT beliau menyebarkan produk beliau sehingga ke luar kawasan dan mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT yang sering saya gunakan untuk produk saya adalah facebook. Hal ini memandangkan facebook adalah salah satu cara saya mempromosi atau mengiklankan produk saya. Sehingga harini kebanyakkan pelanggan saya banyak membeli produk saya menggunakan perkhidmatan facebook.