Belajar Menggunakan Komputer dan Microsoft Word
Nama : Jamilah binti Abd. Hamid
Umur : 40
Ahli : 2014
Latar Belakang
Puan Jamilah merupakan salah seorang ahli pusat internet yang selalu datang ke pusat internet untuk belajar asas komputer dan sering membuat tugasan kerjanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau banyak menggunakan perkhidmatan di kedai komputer untuk membuat tugasannya sebagai seorang guru tadika. Beliau juga tidak begitu cekap menggunakan kemudahan internet yang disediakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar diri sebagai ahli, beliau banyak mengunjungi pusat internet untuk membuat tugasannya. Selain itu, beliau juga sering mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di pusat internet. Kini, beliau sudah mahir menggunakan komputer selain mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel.