Belajar Menggunakan Microsoft Excel Untuk Membuat Invois Jualan
Nama : Noor Izzati Binti Ahmad Mazni
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Beliau merupakan seorang peniaga yang membuka gerai jualan lauk makan tengahari dan juga pengusaha katering. Beliau berminat untuk mempelajari kursus asas komputer iaitu Microsoft Excel bagi memudahkan beliau untuk membuat invois jualan kepada pelanggan. Beliau juga merasakan lebih mudah dan bersistematik dengan menggunakan Microsoft Excel.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau tidak mahir dan cekap menggunakan komputer kerana sebelum ini, beliau sering menggunakan buku resit sebagai invois untuk pelanggan. Setelah menyedari dunia ICT semakin berkembang dan memerlukannya untuk mengembangkan perniagaannya, beliau hadir untuk mempelajari kursus asas komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau sudah dapat menghasilkan invois yang lebih kemas dan bersistematik. Invois yang dihasilkan juga dapat disimpan dalam fail (folder) yang dikehendaki bagi memudahkan beliau membuat simpanan dan rujukan di masa hadapan.