Nama : Norashiken binti Abdul Aziz
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Puan Norashiken merupakan seorang usahawan lama yang menjual pelbagai jenis bentuk produk. Selain daripada produk basah sampai ke produk pinggan mangkuk menjadi pilihan beliau untuk berjual. Antara jualan nya adalah “buffet tray’ ataupun dulang makanan. Beliau menjalankan bisnes sejak 8 tahun yang lalu yang mula nya secara kecil-kecilan sekitar kampung tetapi sekarang bisnes beliau telah berkembang sehingga ke Selangor, kuala Lumpur dan juga Kelantan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau hanya menjual produk beliau di kawasan setempat tetapi selepas tahu menggunakan perkhidmatan ICT beliau menyebarkan produk beliau sehingga ke luar kawasan dan mendapat sambutan . .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penggunaan ICT yang sering saya gunakan untuk produk saya adalah banyak saya menggunakan penggunakan facebook ini kerana facebook adalah salah satu cara saya mempromosi atau mengiklankan produk saya. Sehingga harini kebanyakkan pelanggan saya banyak membeli produk saya menggunakan perkhidmatan facebook. Hal ini juga memudahkan urusan saya. Selain itu, saya juga mempelajari untuk membuat flyers untuk produk saya. Dari PI saya mempelajari cara untuk membuat semua ini.