mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ CELIK IT Q2 2020 (APRIL – JUN)

Belajar Menaip Menggunakan Microsoft Word

Nama   : Siti Saniah Binti Mat Jusoh

Umur    : 28 Tahun

Ahli       : 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang Jururawat Desa di Pekan Kuak. Beliau berminat untuk mempelajari internet bagi menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu dilakukan secara online. Beliau kerap mengunjungi pusat internet untuk mempelajari cara menaip dan membuat laporan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau tidak mahir dan cekap menggunakan komputer kerana sebelum ini penulisan laporan banyak menggunakan tulisan tangan. Beliau merasakan bahawa penulisan laporan menggunakan komputer agak susah dan memerlukan kepakaran khusus.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit mengenai penulisan menggunakan komputer. Beliau juga merasakan tugasnya semakin ringan memandangkan tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat.