mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ KEUSAHAWANAN Q2 2019 (APRIL – JUN)

Nama   : Nurul Izzati binti Abdul Rahim

Umur    : 29 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Puan Izzati merupakan seorang penjual durian crepe dan juga kek durian cheese leleh. Beliau baru memulakan pernigaan ini pada tahun ini dan mendapat sambutan yang cukup tinggi dari kalangan komuniti setempat. Pada mula nya beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan hanya mengambil pesanan tanpa memegang stok di tangan.Tetapi setelah berjaya mempromosi produk beliau, ianya mendapat sambutan yang cukup tinggi dari komuniti dan pelanggan dari luar kawasan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya menggunakan teknologi ICT dalam perniagaan saya, perniagaan saya kurang mendapat sambutan di mana pelanggan yang datang pada mulanya datang daripada Kampung Raban sahaja .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas saya mengetahui tentang teknik pemasaran masa kini, saya terus mengambil peluang tersebut untuk memajukan lagi perniagaan saya. Saya telah mngikuti kelas yang dijlankan di Pusat Internet Kg Raban tentang pemasaran secara online. Teknik tersebut sangat menjimatkan masa dan wang kerana premis perniagaan saya berdekatan dengan PI,  jadi tidak sukar bagi saya untuk mendapatkan perkhidmatan internet dan pembalajaran di PI. Saya telah menggunakan medium media sosial Facebook untuk memajukan perniagaan saya kerana medium tersebut telah menjadi keperluan bagi setiap masyarakat. Saya juga telah mensasarkan untuk meningkatkan pelanggan saya jadi Facebook adalah inisiatif saya untuk mencapai sasaran bagi memperkenalkan perniagaan saya dengan  lebih meluas. Kini, saya telah berjaya memperkembangkan perniagaan saya, saya telah membesarkan lagi premis perniagaan dan pelanggan datang dari serata Lenggong dan ada yang dari luar kawasan Lenggong.