mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN/ KEUSAHAWANAN Q2 2018 (APRIL – JUN)

Nama   : Ani binti Amin

Umur    : 35 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Puan Ani merupakan seorang usahawan kampung yang meniaga secara kecil-kecilan di kampung. Beliau membuat kuih-muih dan juga ikan pekasam sebagai hasil pendapatan beliau. Beliau pada mulanya tidak menjual ikan pekasam secara terbuka dan hanya menjual ikan pekasam kepada pelanggan tetap beliau di sekitar kampung-kampung yang berhampiran.
 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum ini saya sememangnya tidak tahu langsung untuk menggunakan internet. Disebabkan itu jualan ikan pekasam saya hanya terhad kepada kampung-kampung sahaja dan hanya kepada pelanggan tetap saya sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, selepas saya mengetahui tentang teknik pemasaran yang boleh mendatangkan lebih keuntungan kepada saya,dan dapat menambah hasil pendapatan saya. Saya berusaha belajar cara-cara menggunakan internet sebagai cara saya menambah hasil pendapatan. Sebelum ini saya tidak menggunakan sebarang cara untuk jualan saya tetapi sekarang saya menggunakan whatapps untuk saya berhubung dengan pelanggan saya dan juga menggunakan facebook untuk mencari pelanggan saya.