Nama : Ahmad Idris Bin Mohamad Nor
Umur : 64 Tahun
Ahli : 2016
Latar Belakang
En Idris merupakan salah seorang pengguna setia di PI.Beliau juga merupakan salah sorang daripada Jawatankuasa Kampung Raban.Beliau sering datang ke PI untuk membuat kerja-kerja beliau yang melibatkan surat menyurat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaan untuk menggunakan PI beliau agak malu untuk datang kerana beranggapan usia sudah lanjut dan tidak tahu untuk menggunaakan peralatan komputer. Beliau mula menggunakan komputer di PI apabila mula-mula menghadiri kelas yang dianjurkan dan selepas itu beliau kerap datang untuk memahirkan lagi penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah kerap kali beliau datang ke PI, beliau sudah agak mahir untuk menggunakan komputer terutama sekali untuk membuat kerja dan beliau tidak perlu lagi untuk mengupah orang untuk menyiapkan kerjanya.
Beliau telah mengikuti kursus MS Office Word yang sangat membantu dalam menyiapkan surat dan minit mesyuarat serta laporan untuk JKKK. Pihak PI juga banyak membantu memberikan sokongan dan bimbingan walaupun pada mulanya beliau agak kekok menggunakan komputer, namun daripada bimbingan petugas pusat internet kini beliau sudah mahir menggunakan komputer dan ini sangat membantu dirinya menyiapkan segala urusan.Namun baginya banyak perkara yang perlu dipelajari terutamanya yang melibatkan MS Office Word.